Sejak daripada sekolah rendah lagi aku amat meminati mata pelajaran Sains.Di sekolah menengah pula , guru Sains adalah antara guru yang menjadi idolaku.Guru Sains yang mengajar aku ketika itu,Cikgu Zaliha bersungguh-sungguh mengajar bagi mempastikan kami memahami apa yang diajarnya. Begitu bersemangat Cikgu Zaliha menerangkan konsep-konsep yang sukar,cuma bezanya dahulu aku belajar dengan menggunakan bahasa Melayu.Sejujurnya aku merasakan tiada cacat celanya mempelajari Sains dalam bahasa Melayu, bahkan aku merasakan begitu mudah memahaminya berbanding menggunakan bahasa Inggeris.
Semasa mengajar dalam kelas, Cikgu Zaliha selalu berkata " Belajarlah Sains ........... anda selangkah mendekati Tuhan". "Dalam Sains, sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar, bukan bererti ianya tidak wujud ". Mungkin dahulu aku tidak memahami maksudnya, tetapi kini setelah menjadi guru, aku sudah memahami maksudnya yang tersurat dan tersirat.Sungguh mendalam maksudnya.Aku akui sekarang Sains mendekatkan diri ini dengan Pencipta.Terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan nikmat kurniaan yang diberi.
Lihat sahaja apa yang ada di sekeliling kita.Lautan yang membiru,jutaan bintang berkilauan di malam hari,keajaiban gunung berapi dan tsunami yang pernah membadai suatu waktu dahulu, semuanya menandakan alam ini ada Penciptanya.Andai anda dapat merenungnya sejenak dan menemui jawapannya, itulah penemuan terindah dalam hidup kita. Masih segar dalam ingatan aku ini ungkapan Cikgu Zaliha yang penuh bermakna. Terima kasih,cikgu.Jasamu tiada taranya dan tetap akan kekal terpahat selama-lamanya.

Pages
GERHANA BULAN
GERHANA MATAHARI
Al-Quran Dan Sains
PEKA SAINS TAHUN 3
PEKA SAINS TAHUN 4
PEKA SAINS TAHUN 5
PEKA SAINS TAHUN 6
JSU Sains Bahagian A
Friday, November 18, 2011
Tahukah anda bagaimana gerhana berlaku?
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Subscribe to:
Posts (Atom)